Kementerian Pertahanan masih belum menerima sebarang permintaan daripada Kementeri Dalam Negeri untuk membantu mencari tahanan yang lolos dari depot tahanan imigresen Sungai Bakap Rabu lalu.<br /><br />Bagaimanapun menurut menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein, di sebalik keyakinan terhadap kemampuan KDN menangani isu terbabit, pihaknya sedia menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan.